Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Tak Salah Berubah

Friday, August 6, 2010 , Posted by GEN 05 at 4:30 AM

Assalamualaikum wbt,

Genap sepurnama sudah kita melayari bahtera hidup sebagai pelajar Medik Tahun 2,  dan seharusnya kita mengucapkan syukur kepada Ilahi atas segala nikmatnya yang tak terhingga.

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad saw.

Ramadhan yang dahulunya jauh, kini dah beberapa hari sahaja di depan mata. Tapi siapa yang berasa yakin dan amat pasti bahawa dia tidak akan menutup mata sebelum Ramadhan sempat menjengah ? Sama-sama kita fikirkan.

Ramadhan adalah bulan istimewa. Istimewa di mata sesiapa yang punya mata hati, tapi tidak bagi siapa yang jiwanya mati.

Ramadhan adalah bulan rahmat. Tapi siapa yang benar-benar mengambil kesempatan pada waktu keemasan ini ? Dan berapa ramai yang FAHAM apa itu Rahmat sebenarnya ? Sudah tentu tak berkait dengan fulan bin Rahmat @ Rahmat bin fulan.

Ramadhan bulan ibadat. Tapi mengapa yang dibilang hanya solat terawikh ? 8 atau 20 rakaat ? Imam mana yang qiraatnya sedap, yang mana tidak ? Tak kurang juga, yang mana lembab, yang mana cepat ? 

Kelebihan Ramadhan ada banyak lagi. Cukuplah sekerat sahaja yang diutarakan.

Maka, timbullah persoalan...

Aku kalau bulan biasa, sembahyang pun sekerat-kerat... Tapi kalau bulan Ramadhan, aku antara last man standing semasa terawikh...

Aku sangat kedekut bila Hari Raya, tapi bulan puasa aku sanggup berhabis banyak untuk jamuan berbuka puasa.

Ada banyak lagi persoalan-persoalan... Tapi cukuplah sekerat sahaja yang dibincangkan.

Jom kita masuk topik post yang sebenarnya...

Tak salah berubah... Ke arah kebaikan.

Jika kita merupakan golongan yang menanti-nantikan saat yang paling sesuai... untuk berubah, Ramadhanlah masanya.

Berubah dari segi apa ? Ibadat je ke ?

Of course, tidak. Berubah dari segenap aspek kehidupan : Ibadat no 1, akhlak, gaya kerja, sikap, hubungan sesama manusia, hubungan dengan ibu bapa dan lain-lain aspek kehidupan yang dirasakan penting.

Oleh itu, sudilah saya menghighlightkan satu aspek yang dirasakan amat penting dan perlu diubah oleh saya sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Saya bukanlah orang yang begitu layak untuk berbicara tentang ibadat. Tapi, sebagai Muslim harus diingat, bahawa setiap pekerjaan mampu menjana pahala, atau menyumbang dosa bagi kitab-kitab catitan kita.

Adab bila berhadapan dengan guru

Jika dilihat sekali lalu, sudah tentu ada yang tersenyum, ada yang termasam dengan aspek ini. Cerdik pandai dahulu kala amat peka terhadap perkara-perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian besar masyarakat.

  • Menghormati guru
Penuntut ilmu hendaklah menghormati guru mereka selagi tak bertentangan dengan syara'. Tak kisah berbeza pangkat atau darjat, tapi dalam pembelajaran guru berada tahap yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar.

Penuntut ilmu juga haruslah menjaga hati guru. Islam adalah agama yang penyantun, dan mengiktiraf golongan berilmu, lebih-lebih lagi tenaga pengajar. Persoalannya, apa contoh-contoh perkara yang mengguris hati guru ?
Senang sahaja, segala perbuatan yang disengajakan untuk mengguris hati guru langsung atau tidak. Contoh paling mudah ialah menidurkan diri dalam kelas. Jika tertidur, mungkin tak mengapa, tapi rugilah kita sebagai penuntut ilmu terlepas isi-isi penting. Jika sengaja tidur, dengan menundukkan kepala, berbantalkan tangan... sudah tentu itu dikira sebagai provokasi terhadap guru itu. Seolah-olah, kita ingin menyatakan bahawa pengajaran ustaz/ustazah/teacher itu, sangat tidak menarik...... dan lebih baik TIDUR.

Contoh lain, sengaja tidak menghadirkan diri ke kelas-kelas yang diketahui umum kewujudannya. Tanpa sebab yang kukuh. Seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa kita mampu berjaya sesuatu course tanpa bergantung pada guru. Self Study lagi utama. Padahal semua orang tahu, bagaimana sebenarnya status anda dalam pembelajaran.

Contoh lain, mengelak guru yang dirasakan kurang sesuai dengan jiwanya. Tanpa ada alasan yang agak munasabah, kerana semua pelajar lain bersikap biasa sahaja. Perlu diingatkan, bahawa guru-guru di universiti adalah diiktiraf dan dipilih oleh pihak atasan. Berdasarkan keupayaan, bukan atas dasar suka sama suka.

Contoh yang paling DAHSYAT ialah, anda melakukan semua perkara yang dinyatakan di atas, TANPA ADA sekelumit pun rasa bersalah, segan mahupun malu atas perbuatan anda. Dan ANDA TAK MAHU BERUBAH !!

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Peribahasa Melayu ada menyatakan, alah bisa, tegal biasa.

Sudi saya mengingatkan di sini, peribahasa ini sangat praktikal dan realiti dalam kehidupan.
Apa yang dibimbangi sekarang ialah jika masih ada individu-individu antara kalangan kita, mahupun masyarakat amnya... Tak sedar bahawa segala perbuatan yang dilakukan pada usia muda, akan berlarutan hingga usia tua. Jika perkara baik alhamdulillah, jika buruk padahlah jawabnya.

Oleh itu, tak salah kita berubah - ke arah kebaikan. Kita mesti dan harus cuba serta jangan putus asa. Mana boleh nak dapatkan sagu, tanpa dipecahkan ruyungnya.

Ramadhan al-mubarak, inilah masanya. Kerana syaitan-syaitan dibelenggu, dan nafsu agak terkawal dengan berpuasa.

Manusia yang hebat bukanlah manusia yang berjaya menawan sebuah kota yang kukuh, bukan Firaun yang reti membuat piramid, bukan maharaja yang membina Tembok China tapi manusia yang hebat ialah manusia yang mampu mengawal dirinya sendiri- Baik dari segi nafsu, rasa marah, mahupun perasaan ingin tidur dan lemah semangat.

Jangan lepaskan peluang untuk berubah ke arah kebaikan, dan tak pernah dalam sejarah ada orang dihalang mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.... Kita semua manusia, punya kelemahan masing-masing. Jangan pula cepat mengjustifikasi seseorang, hanya kerana peristiwa lampaunya...

Selesaikan masalah yang timbul dengan solusi yang bersesuaian, jangan seperti meneguk Panadol di kala sakit perut.

Sekian sahaja. Saya juga ingin mengisytiharkan bahawa saya amatlah tidak setuju dengan sebarang usaha ke arah perbuatan yang tak menghormati guru. I have done my part. Now, it's your turn !

p/s : Post ini sedikit provokatif, tapi tolonglah melihatnya dari segi positif. Kasar tak bermakna tak sayang !!

Suara Sahabat,
Class rep yang memang tak guna....


kekerasan. 

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment