Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Sunday, June 6, 2010 , Posted by GEN 05 at 1:57 AM

Sekadar gambar hiasan


Tuntutan Berbuat Baik  Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

(Hadis Riwayat Muslim)  

Seorang lelaki bertanya:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku. Aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
Kemudian Baginda menjawab:
”Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Huraian:
  1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
  2. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik.
  3. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
  4.  
  5. "Saya diutus demi untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia." - Rasulullah S.A.W.
    "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita." - Dato Dr. Fadzillah Kamsah
     

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment