Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

tanpa sinergi timbul tragedi

Monday, January 31, 2011 , Posted by GEN 05 at 8:32 AM

sekumpulan besar arnab dan tikus berperang habis-habisan. puncanya mereka berebut untuk menguasai satu kebun keledekberhampiran hutan tempat tinggal mereka. sudah banyak nyawa terkorban di kedua-dua belah pihak, namun mereka terus berperang.

akhirnya hanya seekor tikus dan seekor arnab sahaja yang tinggal. itupun tubuh badan kedua-duanya cedera dan luka-luka. nampaknya kini mereka berdepan satu lawan satu.

"ini pertarungan penentuan"

"ya, ini persoalan hidup atau mati!"


"mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek itu? mengapa kamu tidak cari sahaja makanan dalam hutan dan serahkan kebun keledek itu kepada kami?" kata arnab.


"di hutan, makanan sudah semakin kurang. kami terpaksa bersaing dengan binatang lain". jawab tikus.

"oh, begitu.." kata arnab mula memahami.

"kenapa pula kamu inginkan kebun itu?" tanya tikus.

"kami pun sama juga. sekarang musim kemarau. kami kehabisan makanan. jika kami tidak dapat kebun keledek itu kami akan mati"


"oh, serupalah naib kita. tanpa kebun keledek tu kita semua akan mati".

"tetapi sekarang, semua kawan-kawan kita sudah pun mati kecuali kita berdua" balas arnab sedih. tikus berdiam diri dan juga berasa sedih.

"selama ni saya tak tahu arnab makan ubi keledek" ujar tikus.

"eh, tidak! kami tidak makan ubi keledek. kami hanya makan daunnya!"

"daun? kami pula makan ubinya! jadi selama ni kita sama-sama berebut kebun keledek ni tapi hanya untuk bahagian yang berlainan? kami tikus hendakkan ubinya dan kamu arnab perlukan daunnya".

"mengapa sekarang baru kita tahu? sepatutnya peperangan ni tidak berlaku. kita sepatutnya berunding bagi mencapai kesepakatan".

"ah! malangnya kawan-kawan kita semua sudah mati".

moral: dalam apa jua konflik, rundingan yang harmoni amat perlu untuk menghindarkan berlakunya krisis yang lebih besar. 'win-win' situation boleh dicapai sekiranya kita bersikap terbuka dan saling bekerjasama.

sumber: majalah solusi isu 28

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment