Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Alhamdulillah

Wednesday, January 26, 2011 , Posted by GEN 05 at 10:52 PM


Alhamdulillah, bersyukur kita kerana setelah satu sem sesi transformasi , putik-putik kesedaran mula kelihatan segar membugar  bagaikan embun di pagi hari. Adakah ia akan hilang dengan tersejat begitu sahaja? Jawapannya tidak! Kerana istiqamah-lah yang bakal kita lakukan akan menutupi dan menjaga setiap langkah yang bakal kita lalui. InsyaAllah.

Wahai saudara sekalian, setiap langkah Pertama perlu diikuti dengan langkah Kedua. Pepatah Inggeris ada mengatakan, 1000 steps start with a single step. Oleh itu, dalam langkah ke-2 ini, satu bahagian yang dicadangkan dan menjadi sangat penting dalam pembangunan insaniyah kita ini ialah - Revolusi Pemikiran. Sebagai kesinambungan daripada transformasi hati, anjakan pemikiran merupakan aspek yang perlu kita kuasai sebagai seorang yang bergelar Muslim. Sebagai contoh, ada seorang insan lelaki yang telah dibesarkan dengan agama yang cukup baik,berperwatakan yang baik, dan tahu mengenai selok belok agama ini seadanya. Tatkala datang seorang wanita yang tidak kurangnya keperibadian dan kecantikannya, maka apakah jalan yang patut ditempuh bagi lelaki tersebut ? Secara halal dan telus atau sebaliknya ? Di sinilah fungsi hati dan pemikiran sangat memainkan peranan dalam menentukan  langkah seterusnya yang perlu diambil. Hati perlu kekal tunduk kepada Allah dan bukan bertuankan kepada sang nafsu. Otak kita pula berperanan membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Bagaimanakah kita boleh mencapai tahap pemikiran yang se-optimum mungkin? Jawapannya, berfikirlah dengan bertunjangkan Al Quran dan As-Sunnah, dengan segala ilmu dan kelebihan yang kita ada. Oleh yang demikian, Al Quran dan As-Sunnah-lah yang sepatutnya menjadi panduan yang utama dan bukannya bertuankan buku-buku filosofi atau yang seumpamanya, yang difikirkan terbaik walhal tidak. Walau bagaimanapun, menjadi satu tanggung jawab bagi kita untuk menuntut ilmu yang sangat pelbagai kerana pengetahuanlah  yang bakal merangsangkan otak kita untuk terus berfikir secara mendalam dan ini termasuklah membaca buku-buku filosofi. Ingatlah, tertib itu sangat penting dalam membawa satu pemikiran yang berjaya.

Dalam era globalisasi ini, perang pemikiran menjadi satu medan penguasaan sesebuah masyarakat. Lihat sahaja bagaimana hiburan menjadi guru kita pada hari-hari yang mendatang. Apakah persepsi kita mengenai hiburan ini? Adakah ia bersifat hajiyat tahsiniyah atau pun dharuriyat? Sedar atau tidak, minda kita ini telah didoktrin sama ada mengikut acuan Barat serta Timur, bahawa hiburan begitu penting dalam kehidupan, bahkan dijadikan salah satu bentuk daripada jalan-jalan kehidupan. Kita juga lebih gemar berseronok-seronok dan bergelak ketawa berdekah-dekah, sepanjang hari pun tak kisah sedangkan ada pesan dari Ar-rasul s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تكثروا الضحك فإن كثرة الضحك تميت القلب . (رواه ابن ماجه)


Contoh lain yang paling mudah ialah muzik yang tiap hari dicanangkan pada telinga kita. Wahai saudara yang saya kasihi, ayuh kita membayangkan dua situasi.
Situasi pertama : Berada di pusat membeli belah yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sepanjang beroperasi.
Situasi kedua : Berada di masjid yang menggunakan lagu rock untuk menarik remaja-remaja menyertai program masjid.

Adakah kita berada di zaman di mana situasi pertama lebih efektif??

Dengan izin Allah, secara sedar atau tidak, keseluruhan kita sedang menuju ke era kegemilangan Islam. Sesungguhnya Islam kian bangkit, tetapi persoalannya adakah kita menjadi orang-orang yang memegang  tiang –tiang yang bakal membentuk satu sistem, di mana Islam diamalkan di seluruh pelosok dunia?
Selain itu, saudara saudari sekalian, ayuh kita teruskan memboikot produk yahudi. Ini bukan sekadar budaya yang kita mahu wujudkan, malah lebih tepat lagi satu iktikad dan manhaj yang melekat di dinding-dinding kepala kita untuk berjihad dan mati syahid dalam hidup kita ini. Beranikah kita? Atau kita sekadar beromong-omong kosong dan hangat-hangat tahi ayam? Di manakah semangat jihad kita?

Ingatlah Allah berfirman:
Maksudnya : Dan di antara manusia ada yang menjualkan dirinya demi mencari keredhaan Allah.
(surah al-Baqarah 2: 207)

Pada 27 Disember 2008, ketika tirai Maal Hijrah 1432 H baru dibuka, Rejim Zionis Israel telah mengganyang Palestin. Apakah yang kita masih lakukan pada waktu ini? Ke KLCC untuk menyambut tahun baru dengan pesta muzik?  Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita membincangkan isu Palestin bersama kawan-kawan kita di kafe fakulti atau ketika seronok menikmati nasi kukus hari Jumaat?

Cukuplah memberi alasan–alasan untuk tidak mahu komited dan bertanggung jawab dengan perlakuan diri kita. Menyalahkan orang lain tanpa melihat diri kita. Ruang untuk menyumbang dan berjihad sangat luas tetapi sebaliknya sikap kita, berpaling bagaikan pengecut yang lari dari medan perang, berputus asa bagaikan wira yang menangis kerana hilang kedudukan dan nama. Kepada yang belum memahami tentang kewajipan kita memboikot, ayuh bersama-sama memboikot. Kepada yang sudah memahami tentang kewajipan kita memboikot, janganlah kerap kali mencerca orang yang masih belum memahaminya, bahkan teruskan memberi kefahaman kepada golongan tersebut. Perjuangan kita bukan hanya untuk seketika, tetapi sehingga ke hembusan nafas terakhir.

Wassalam. Fikir-fikirkan. :)

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment