Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

korang rasa?

Wednesday, October 6, 2010 , Posted by GEN 05 at 4:12 AM



Just to share aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih
ni. Betul ke kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin
atau hantu? 

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik-pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya) 



Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur
pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu. Adalah
dalam 3-4 kali jugak. Masa tu aku sedar. Boleh bukak mata separuh. Aku 
tau aku sedar, tapi tak boleh gerak. Kadang-kadang geram, sebab tak boleh
gerak. Lepas 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut. Memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk je.

Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru la
aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis' .

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara). 

Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic
paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis) 
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement. Waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan 
kita kira macam switch off kejap. REM atonia (tader muscle tone). 
ok, otak kita pun ade switch off button dipanggil reticular
activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja 
yang on. Kiranya screensaver lah atau hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake
state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suruh switch on balik badan kite. Maka masa tu la badan kita lumpuh 
seketika before otak activate balik. Memang menakutkan tapi benar.
Tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full. Kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja, tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc.



Lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi) either dalam bentuk auditory (dengar
bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, 
terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain.) 

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh trigger sleep paralysis: 

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama 

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock) 

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat) 

4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan 

5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal..) 

6. orang yang ada penyakit narcolepsy 

konklusinya: jangan cepat judge sesuatu perkara based on satu pandangan sahaja..
p/s: cerita bukan pengalaman sendiri (taken somewhere else), cuma nak trigger tahap curiosity korang je

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment