Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Bingkisan risalah suci kepada Kisra Raja Parsi

Monday, November 30, 2009 , Posted by GEN 05 at 4:24 AM





Rasulullah (s.a.w) telah menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi: 


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba dan pesuruhNya, di sini ku menyerukan kau dengan seruan Allah, maka sesungguhnya aku adalah Rasulullah diutuskan kepada manusia sekalian, memberi inzar kepada sesiapa yang hidup, memberi kata benar kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kau selamat, sekiranya kau menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian."


Rasulullah memilih Abdullah bin Huzafah al-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan. Kemudian al-Sahmi menyerahkan risalah itu kepada pembesar al-Bahrin, di sini kita tidak dapat pasti apakah pembesar al-Bahrin telah menghantar risalah itu dengan perantaraan salah seorang dari orang-orangnya atau apakah beliau terus menghantar Abdullah al-Sahmi sendiri ke sana. Walau bagiamanapun, Kisra bertindak mengoyak-ngoyak risalah itu selepas beliau membacanya dan berkata dengan penuh kesombongan dan bongkak: "Salah seorang dari hambaku yang hina di dunia, telah berani menulis namanya sebelum nama ku." Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah (s.a.w) maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah (s.a.w) itu, terdahulu dari itu Kisra telah menulis surat kepada "Bazan" wakilnya di negeri al-Yaman berbunyi: "Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkapkan lelaki itu dan bawa ke mari. "Bazan" pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi, sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madlnah dengan berkata kepada Rasulullah (s.a.w): "Sebenarnya Maharaja Syahinsyah Kisra telah pun menulis surat kepada raja "Bazan" menyeru beliau membawa tuan hamba kepadanya, untuk itu "Bazan" telah menghantar daku supaya membawa tuan ke sana, malah kata-katanya penuh ugutan, namun Rasulullah (s.a.w) meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya. 



Di masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada malam selasa sepuluh terakhir Jamadil al-Awal tahun ke tujuh (7) Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan Rasulullah (s.a.w) melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Semasa pertemuan mereka di keesokan hari, Rasul memberi tahu mereka mengenai kejadian rampasan kuasa dan cerita selengkapnya, tanya mereka berdua: "Apakah tuan mengetahui semuanya ini? Sebenarnya kami telah memarahi ke atas kamu semua qadar yang ringan, mahukah tuan hamba agar semua ini kami rakam dan menceritakan kepada raja di sana. Jawab Rasulullah: Ya! "Ceritakanlah kepada raja di sana sesuatu mengenai diriku di sini, malah katakan kepadanya lagi: Bahawa agama ku dan kuasaku akan melewati semua daerah kekuasaan Kisra, kuasa ku akan sampai ke tempat terakhir tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, malah ceritakan kepadanya lagi, sekiranya beliau memeluk Islam akan ku serahkan kekuasaan yang ada padanya di hari ini, akan ku letakkannya sebagai pemerintah ke atas rakyatnya dan pemerintahannya akan diwarisi oleh anak-anaknya." Mereka berdua pun keluar dari Madinah untuk menemui Bazan dan kepadanya mereka menceritakan kisah sepenuhnya. 


Tidak berapa lama kemudian tiba perkhabaran menceritakan tentang kematian Kisra yang telah dibunuh oleh anaknya sendiri yang bernama Syirowih dalam perutusan Syirowih, beliau menyebut: "Sila ambil perhatian terhadap lelaki yang bapaku tulis mengenainya, sekali-kali jangan kau mencelanya hinggalah datangnya kepada kau perintah ku. Kesemua peristiwa ini telah membawa "Bazan" bersama-sama orangnya rakyat Parsi yang berada di sampingnya memeluk Islam. 




~Al-Raheeq al-Makhtum~


Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment