Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

3 Cara bagaimana kita hendak berhadapan degan orang yang kita kurang suka~

Friday, November 27, 2009 , Posted by GEN 05 at 8:25 PM



http://thm-a01.yimg.com/image/5b33a154d5268030Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini.

Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.

Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.

2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.

Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa dengannya.

3. LET GO.




http://thm-a02.yimg.com/image/f47cdff6a268d790
Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.




zaidemrullah

Assalamu`alaikum~
Pen-off

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment