Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Apa yang hilang?

Wednesday, November 17, 2010 , Posted by GEN 05 at 11:32 PM

Assalamualaikum wbt... Selamat Hari Raya Aidil Adha... 

Semoga rakan-rakan seperjuangan sekalian selamat dan sejahtera di halaman kampung masing-masing... Sempena semangat ibadah qurban yang sedang hangat dijalankan... Ayuh, kita lihat dan baca satu luahan hati seorang sahabat kita, yang boleh ditakrifkan sebagai tazkirah musim cuti... Yelah, tak sempat nak berkumpul kan, blog ni pun jadilah... 

Transformasi hati, inilah satu teori yang perlu dijadikan praktikal bagi kita dalam meniti masa sebagai pemuda dan pemudi, wahai warga gen05 sekalian. 

Sesungguhnya, hati yang sihat dan bebas dari cengkaman nafsu merupakan titik tolak perubahan bagi mengubah tingkah laku kita yang kian terjerumus kepada kelekaan dunia ini. Nafsu bukanlah sekadar syahwat seperti yang disalah ertikan, nafsu ini merangkumi semua aspek yang membawa kita kepada kejahatan.

 " Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan

(Yusuf: 53)


Sebagai contoh, tatkala kita kesuntukan masa dalam mengulang kaji, kita akan berkata: “Weh, x cukup masa-lah… mane sempat nk study sume nih”. Ingatlah bahawa masa yang diperuntukkan pada kita adalah sama iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sedar atau tidak, hawa nafsu kitalah yang membuatkan kita untuk menjadi leka. Sadisnya, kita terbuai dengan nafsu serta tunduk padanya. Mungkin ada pula sekelompok manusia yang berkata : "Aku nak ubah diri aku tapi tidak boleh”. 

Penyelesaiannya cukup mudah wahai sahabat-sahabat yang dikasihi, mulakan perubahan dengan BISMILLAH dan insyaAllah akhirinya dengan ALHAMDULILLAH. Satu konsep yang ringkas dan mudah tapi kesannya cukup membuahkan hasil. Tidak kira apa jenis pekerjaan, tatkala dimulakan dengan mengingat kepada Allah Tuhan sekalian alam, maka cenderunglah hati kita untuk menjauhi perbuatan jahat dan bersungguh pula dalam melakukan perkara yang penuh faedah. 

4 kata kunci utama dalam usaha untuk memperoleh kejayaan/kebahagiaan : Usaha, Tawakkal, Syukur dan juga Redha... 

Jangan lagi lari daripada suatu kejayaan yang memang tidak mustahil untuk kita miliki. Malangnya dari hari ke hari, kesilapan yang sama kita lakukan. Leka dengan komputer, TV, bantal, Mp4, ataupun perbualan yang x satu pun membawa kepada pengabdian kita pada Allah. Persoalkanlah perkara2 begini dalam jiwa kita. Adakah kita masih mempunyai ruh cinta akan Islam ? Atau cinta akan keduniaan yang kian banyak menyelubungi kita ? Adakah pengorbanan itu sudah bercerai daripada budaya hidup kita ? Sampai kapan kita akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan ? Berapa lama lagi kita akan terus mengijinkan ego akan bersarang dalam hati?

Satu biaah yang soleh dan muslih sangat perlu bagi memastikan setiap Muslim di atas muka bumi ini mendapat kejayaan yang agung. Jangan sesekali memperkotak-katikkan usaha orang lain, ayuh kita buka ruang untuk kejayaan orang. Janganlah mengamalkan kata-kata seperti : “Aik study ke…ala kenapa nih study..ko kan  dah pandai!”.   Ingatlah bahawa, impaknya sangat besar. Jangan terlalu memuji-muji, ataupun memandang orang lain sebelah mata, sebaiknya kita saling memotivasikan antara kita, supaya timbul suatu kekuatan untuk bergerak sama-sama maju ke depan.

قال رسول الله : إ يا كم و التمادح فإنه الذبح

Maksudnya: “ Berwaspadalah dengan puji-pujian kerana ia boleh menyembelih.”

Inilah cetusan hati ku yaang juga tak lari dari kesilapan, harap kita ubah bersama-sama pada sem yang akan datang. Ayuh, kibarkan bendera "Zero Repeater" untuk sem ke-4 nanti... 6 tahun itu sudah cukup lama, sudikah anda menambah tempohnya lagi ? 

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment