Assalamu'alaikum wbt..Ahlan Wasahlan~
.: Latest News From Gen05 :.

Piala Naib Canselor Final - Part Last

Tuesday, March 16, 2010 , Posted by GEN 05 at 5:11 AM

Alhamdulillah...

OVERALL

DEbat BI...

Kedua-dua kumpulan debat FPSK telah mengalami kekalahan mengejut kepada lawan masing-masing di SUKU AKHIR...
Alasan yang diberi para juri ialah mereka tidak dapat memahami isi/point yang cuba disampaikan...
Namun, apakan daya... Berakhirlah perjuangan mereka untuk mempertahankan piala pusingan kategori Bahasa Inggeris untuk kali kedua berturut-turut...

( Don't worry guys, keep on trying next year... Get the cup back... )

Debat BA...

FPSK A berdepan Tamhidi B di suku akhir... dengan tajuk " Internet merosakkan akhlak pemuda ".
FPSK A sebagai pembangkang mencatat kemenangan tipis, margin 1.3 sahaja untuk mara ke separuh akhir bertemu FSU B... Kuasa besar debat Arab...

Dalam pertemuan separuh akhir, FPSK A bagaimanapun mengalami nasib sama kecundang di tangan FSU B dengan margin 1. Namun, pencapaian ini boleh dikatakan agak cemerlang berbanding sebelumnya yang hanya mara ke suku akhir sahaja.

Debat BM...

FPSK mara ke pusingan akhir... Final... dan akhirnya memenangi Piala NC kategori Bahasa Melayu...

FSU memenangi piala NC keseluruhan apabila berjaya mara ke final untuk ketiga-tiga kategori....

Berita penuh boleh didapati di link ini... http://al-farisy08.blogspot.com/2010/03/sistem-pendidikan-bukan-punca-pekerja.html

Akhir kalam...

Tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pendebat FPSK untuk Piala NC tahun ini...
Kerjasama dan komitmen yang diberikan seharusnya mendapat penghargaan kerana bukan senang untuk merelakan diri mewakili fakulti ini... Bahkan rata-rata pendebat baru kali pertama berjinak-jinak dengan aktiviti seumpama ini...

Diharapkan agar tahun depan, FPSK pula yang mengungguli semua kategori debat... Buktikan yang KITA BOLEH !!!

salam...

Credits to all supporters too... Willing to spend the precious weekend to join their friends...

~Adios~

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment